Posts

Showing posts from June, 2015

Peranan OIC dalam menuntut Human Right

Kes 1 : Isu palestin Isu pergolakan di Palestin merupakan isu yang merintis kepada usaha pembentukan OIC pada tahun 1969. Peistiwa pembakaran masjid al-Aqsa oleh pihak penganas Yahudi pada 21 ogos 1969 telah membakar semangat perjuangan umat Islam agar menentang pihak yang memusuhi Islam (Al-Ahsan Abdullah 1989:17). Terdapat 25 buah pertubuhan pengganas Yahudi yang bersaing sesame mereka untu melancarkan sebarang tindakan yang boleh memusnahkan dan menghancurkan Masjid alAqsa bagi dibina semula padanya Heakal Sulaiman (tempat ibadat Yahudi). Sepanjang tahun 1947 sehingga 1998, mereka dikatakan telah melancarkan 112 serangan nekad terhadap Masjid al-Aqsa dan serangan yang paling teruk memusnahkan kepentingan Masjid al-Aqsa ialah serangan yang rlaku pada 21Ogos 1969 (Maszlee 2006: 24). Isu palestin merupakan perkara yang paling penting sehingga disenaraikan di antara objektif OIC yang utama, iaitu “menyelaras usaha pengawasan keselamatan tempat suci dan menyokong perjuangan ...