Qisas dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang matlamatnya untuk mencapai asas kemaslahatan dalam kehidupan yang bersumberkan ketetapan oleh Allah s.w.t. dan rasul Nya s.a.w. dan implementasinya menurut kesesuaian dan kemaslahatan semasa, melalui mekanisme ijtihad dan ijmak. Ianya merupakan sebahagian daripada elemen yang membentuk syariah Islam yang luas. A l -Mawardi mendefinisikan jenayah atau jarimah sebagai “larangan syarak yang dicegah oleh Allah dengan (hukuman) had atau takzir”. Perundangan jenayah Islam meliputi kesemua kesalahan-kesalahan jenayah dalam Islam, hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut serta kaedah perbicaraan dan pembuktian bagi setiap kesalahan jenayah yang ditetapkan. Dalam hal ini, kesalahan jenayah Islam berbeza daripada kesalahan jenayah konvensional. Penggunaan istilah “jenayah” dalam konsepnya yang umum tidak begitu popular dikalangan para fuqaha’ klasik Islam. Mereka lebih biasa menggunakan istilah-istilah yang lebih khusus, iaitu hudu...