Posts

Showing posts from July, 2018

Qisas dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang matlamatnya untuk mencapai asas kemaslahatan dalam kehidupan yang bersumberkan ketetapan oleh Allah s.w.t. dan rasul Nya s.a.w. dan implementasinya menurut kesesuaian dan kemaslahatan semasa, melalui mekanisme ijtihad dan ijmak. Ianya merupakan sebahagian daripada elemen yang membentuk syariah Islam yang luas. A l -Mawardi mendefinisikan jenayah atau jarimah sebagai “larangan syarak yang dicegah oleh Allah dengan (hukuman) had atau takzir”. Perundangan jenayah Islam meliputi kesemua kesalahan-kesalahan jenayah dalam Islam, hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut serta kaedah perbicaraan dan pembuktian bagi setiap kesalahan jenayah yang ditetapkan. Dalam hal ini, kesalahan jenayah Islam berbeza daripada kesalahan jenayah konvensional. Penggunaan istilah “jenayah” dalam konsepnya yang umum tidak begitu popular dikalangan para fuqaha’ klasik Islam. Mereka lebih biasa menggunakan istilah-istilah yang lebih khusus, iaitu hudu...

Yufaqihu Fii Al-Din

 Maksud Yufaqihu Fii Al-Din Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a  ketika berkhutbah di atas mimbar lalu  berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w  bersabda, : مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.” [HR.Bukhari (no.71, 3116, 7312) dan Muslim   (no. 1038)]. Di antara manusia, ada yang Allah ketahui kebaikan di hatinya maka Allah berikan taufik kepadanya, dan di antara mereka ada yang Allah ketahui ke burukan  di hatinya maka Allah menghinakan dan merendahkannya. Orang yang Allah ketahui kebaikan di hatinya ber e rti Allah menginginkan kebaikan untuknya, dan  apa bila Allah menghendaki kebaikan baginya, Allah faqihkan dia dalam agama-Nya dan Allah berikan padanya ilmu tentang syariat-Nya yang tidak diberikan kepada seorang pun dari manusia. Hal ini menunjukkan perlunya  manusia itu bersemangat jitu  untuk memahami ...

Nafkah Dalam Institusi Perkahwinan

1.  Definisi dan dalil nafkah Nafkah dari segi bahasa bererti mengeluarkan dan membelanjakan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud mengeluarkan belanja kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya  (al sharbini 1958).  Fuqaha‟ sependapat bahawa suami wajib memberi   nafkah kepada isterinya  (Ibn Qudamah).  Manakala, wanita yang telah bercerai pula pada asasnya berhak mendapat nafkah dalam masa iddahnya daripada bekas suaminya berdasarkan kepada beberapa syarat. Nafkah yang dimaksudkan tersebut adalah merangkumi makanan, pakaian, dan tempat tinggal  (al jazairi 1979). 2.  Jenis-jenis nafkah Islam telah menegaskan di dalam al quran tentang kepentingan dan tangggungjawab sebagai suami atau pun isteri bagi melaksanakan nafkah masing-masing. Walaubagaimanapun, di dalam sesebuah perkahwinan suami menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam pemberian nafkah. Ini selari dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. ...