Peranan OIC dalam menuntut Human Right



Kes 1 : Isu palestin

Isu pergolakan di Palestin merupakan isu yang merintis kepada usaha pembentukan OIC pada tahun 1969. Peistiwa pembakaran masjid al-Aqsa oleh pihak penganas Yahudi pada 21 ogos 1969 telah membakar semangat perjuangan umat Islam agar menentang pihak yang memusuhi Islam (Al-Ahsan Abdullah 1989:17). Terdapat 25 buah pertubuhan pengganas Yahudi yang bersaing sesame mereka untu melancarkan sebarang tindakan yang boleh memusnahkan dan menghancurkan Masjid alAqsa bagi dibina semula padanya Heakal Sulaiman (tempat ibadat Yahudi). Sepanjang tahun 1947 sehingga 1998, mereka dikatakan telah melancarkan 112 serangan nekad terhadap Masjid al-Aqsa dan serangan yang paling teruk memusnahkan kepentingan Masjid al-Aqsa ialah serangan yang rlaku pada 21Ogos 1969 (Maszlee 2006: 24).

Isu palestin merupakan perkara yang paling penting sehingga disenaraikan di antara objektif OIC yang utama, iaitu “menyelaras usaha pengawasan keselamatan tempat suci dan menyokong perjuangan masyarakat Palestin dan membantu mengembalikan hak-hak mereka dan wilayah Palestin” (Al-Ahsan Abdullah 1989: 21). Palestinn juga penting dipertahankkan oleh seluruh umat islam kerana padanya tempat suci islam yang ketiga setelah Makkah dan Madinah (Maszlee 2006: 3), iaiu Masjid al-Aqsa. Isu ini diperjuangkan dari awal pembentukan OIC sehingga kini.  Tetapi apa yang dapat diperhatikan pada saat ini, isu palestin masih lagi menemui jalan buntu. Kerakusan pihak tenera Israel memasuki wilayah Palestin tanpa balasan hingga menyebabkan rakyatnya mengalami penderitaan dan terpaksa menjadi pelarian dengan wilayah-wilayahnya  dirampas, bangunan penduduk dimusnahkan dan membunuh pemimpin-pemimpin politik yang sah hasil undian rama melalui demokrasi dibunuuh tanpa aa sbarang tindakan tribunal antarabangsa dikenakan ke atas Israel.

Kes 2 : Isu Perang Iran-Iraq

Pada umumnya, peperangan boleh didefinisikan sebagai pertelingkahan yang berlaku antara dua pihak untuk alas an tertentu (Mokhtar 2005c). pertelingkahan tersebut tidak dapat diatasi Iran pada tahun 1980 sehingga 1988. Pada tahun tersebut, telah berlaku peperangan besar-besaran yang akhirnya telah mengorbankan lebih sejuta nyawa di kedua-dua belah pihak dan berlaku kemusnahan yang dahsyat. Peperangan ini tercetus setelah kerajaan Iraq mendakwa kawasan perairan Shat al-Arab merupakan hak Iraq, meskipun ia berada dalam  kekuasaan Iran. Untuk mencapai tujuan itu, tentera Iraq telah menceroboh ke dalam kawasan Iran bagi menguasai Shat al-Arab dan di bawah pimpinan oleh Presiden Iraq, Saadam Husein. Beliau berani mengambil langkah menyerang Iran kerana di Iran pada masa itu sedang berlaku peralihan kuasa pentadbiran Negara. Parti Revolusi Islam Iran Berjaya menggulingkan kerajaan Monarki Shah Iran dan disangkakan oleh Iraq bahawa Iran berada dalam keadaan tidak bersedia bagi menghadapi sebarang ancaman luar (Mokhtar 2005a). Iran sebelum itu diperintah di bawah penguasaan  Monarki Shah Iran, ditadbir pula oleh perjuangan para ulama dan akhirnya membawa kepada pembentukan sebuah Republik Islam Iran. Tetapi hakikatnya, Iran bukan sahaja bersedia menghadapi sebarang tindakan luar, malah member reaksi yang begitukuat kepada pihak yang cuba menggugat keselamatan dalam negaranya. Buktinya, peperangan antara Iraq dan Iran yang dijangkakan oleh Saadam Husein Cuma memakan masa singkat, telah berlanjutan sehingga tempoh masa yang begitu lama, iaitu berlanjutan sehingga lapan tahun.

Kes 3 : Isu Pergolakan di Afghanistan.

Dalam usaha OIC bagi memastikan keadaan Negara dan umat islam terjamin dan terbela, pelbagai pendekatan dan sumbangan telah dicurahkan oleh pertubuhan bagi  mencapai maksud berkenaan walaupun teraksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah berdepan dengan campurtangan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain dan Rusia. Situasi ini dihadapi oleh OIC ketika cuba menangani masalah pergolakan yang berlaku di Afghanistan kerana merupakan sebahagian daripada Negara anggota dalam pertubuhan tersebut.
Pergolakan di Afghanistan bermula pada 1979 sehingga ke saat ini akibat campurtangan kuasa besar dunia dalam pentadbiran Negara Afghanistan. Berdasarkan sejarah, Afghanistan merupakan sebahagian Negara jajahan Britain dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1929. Sebelum kemerdekaan tersebut dicapai, pihak Britain telah melantik pemerintah baru Afghanistan yang bakal mentadbir kelak. Permerintahan baru tersebut terdiri daripada kalangan mereka yang menyokong dan mengambil acuan Barat dalam melaksanakan pentadbiran. Pentadbiran ala Barat berkenaan hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja kerana Berjaya digulingkann oleh angkatan tentera komunis Rusia (Soviet Union) pada tahun 1976 (Mokhtar 2005a:122). Tindakan ini diambil oleh Rusia dengan tujuan untuk mengembangkan pengaruh komunis ke seluruh dunia.
Kehadiran pihak Rusia di bumi Afghanistan tidak disenangi oleh masyarakatnya. Akibat daripada penjajahan itu, berlaku penentangan di kalangan mereka, terutama daripada pihak Mujahidin yang mendapat sokongan pihak Amerika Syarikat dan Britain. Penentangan tersebut tidak member kesan kepada Rusia daripada berundur kalah tetapi pada tahun 1988 pihak komunisRusia telah mengundurkan seluruh anggota tenteranya dari bumi Afghanistan setelah misi mengembangkan fahaman komunis terlaksana dengan perlantikan pemerintah baru Afghanistan yang berorientasikan system komunis, di bawah kuasa Najibullah. Walaubagaimanapun, kerajaan ala komunis ini Berjaya digulingkan olehh puak Mujahidin pada tahun 1992 dan berakhirnya pengaruh Rusia di bumi Afghanistan (Mokhtar 2005a:123).
Pergolakan di Afghanistan masih tidak dapat diberhentikan setelah kejatuhan regim boneka Rusia, malah berlaku pula perpecahan dan pergolakan dalam kalangan puak  Mujahidin kesan daripada perebutan kuasa memerintah Negara. Akibatnya muncul pula Taliban yang berjaya merampas kuasa pemerintahan Afghanistan pada tahun 1996 di bawah pimpinan Mullah Omar. Di sini,bermula pula era penjajahan baru di Afghanistan. Setelah pihak Rusia menjajah Afghanistan dengan alasan menyebarkan fahaman komunis ke seluruh dunia Afghanistan dijajah pula oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutunya dengan alasan memerangi pengganas. Penjajahan era moden itu berlaku pada Oktober 2001 sehingga sekarang tanpa memepedulikan suara masyarakat dunia yang mahukan peperangan dihentikan.


Peranan OIC dalam menyelesaikan masalah dan hak asasi manusia (Human Right).

Isu Palestin

Peranan yang dimainkan oleh OIC bagi mengembaikan keamanan di Palestin ialah dngan menyatukan semula pemimpin Paletin setelagh berlaku pergolakan antaa mereka. Amas (Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah) telah memenangii pilihanraya  da memegang tampuk pemrinahan Palestin dari kekuasaan Fatah (Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini). Dunia secara keseluruhannya mengetahui akan pendirian Hamas yang tidak akan mengiktiraf Negara Irael. Oleh itu, Hamass sering ditekan oleh kuasa besar dunia terutama daripada ihak Amerika Syarikat. Kemenangan Hamas tidak dirstui olehh piihak Barat dan Israel kerana keengganannya mngiktiraf kewujudan Negara Israel dan juga membenarkan pendekatan bersnjata ke atas Israel. Pihak Barat an Israel kelihatan begitu bersugguh-sungguh menndesak Hamas supaya mengiktiraf kewujudan Israel, tetapi malangna pihak barat dan Israel kelihatan lupa janjimereka bagi kewujudan Negara alestin yang merdeka. Menurut Dato’ Seri Hamid Albar, Menteri Luar Malaysia , kewujudan Negara Palestin merdeka sebenarnya terltak paatangan Amrika Syarikat bagi merealisasikannya (Hassan 2007: 10).
Menurut Mohd. Fauzi Mohd. Said (2007), Penolong Setiausaha OIC Malaysia, OIC tidak hanya mengeluarkan kenyataan semata-mata, tetapi berusaha membuat tindakan susulan daripada kenyataan yang telah dicapai. Buktinya Pengerusi dan Setiausaha Agung OIC telah mengutuk pencerobohan Israel ke atas Masjid al-Aqsa. Justeru, pertubuhan tersebut telah menyaran kepada semua masyarakat dunia, terutama umat islam supaya memboikot Israel. Pertubuhan ini juga telah mengutus surat kepada lima Negara Anggota Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaiti Amerika Syarikat, Britain, China, Rusia dan Perancis supaya mengenakan sebarang tindakan ke atas Israel. Tetapi apa yang diperhatikan, Israel sering kali terlepas daripada sebarang tindakan yang ingin dikenakan terhadapnya. Perkara ini terjadi akibat daripada tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya mematahkan segala usul tindakan terhadap Israel yang dikemukakan dalam Majlis Keselamatan tersebut.


Isu Perang Iran - Iraq

Sebagai sebahagian daripada ahli anggota OIC, isu Iraq dan Iran ini cuba diselesaikan oleh OIC bagi kemaslahatan umat islam di kedua-dua buah Negara yang berperang. Antara peranan yang telah dilakukan oleh OIC dalam rangka merealisasikan kemakmuran dan keamanan di kedua-dua Negara berkenaan ialah menubuhkan sebuah badan khas yang akan membawa kepada meja rundingan. Badan itu dikenali sebagai Goodwill Mission yang ditubuhkan pada Januari 1981 dan dirasmikan penubuhannya sewaktu Persidangan Kemuncak Islam ketiga (Al-Ahsan Abdullah 1989). Ia merupakan hasil daripada kesepakatan Menteri-Menteri Luar Negara Islam sewaktu menghadiri perhimpunan Negara-Negara Bersatu di New York pada 1980.
Goodwill Mission diketuai oleh Presiden Pakistan, Ziau al-Haq. Antara cadangan yang telah dikemukakan bagi memastikan usaha membawa kedua Negara ke meja rundingan berjalan lancer ialah isu perairan Shat al-Arab mesti dirujuk kepada OIC, rundingan sebagai, mekanisme kea rah perdamaian, dan OIC akan menetapkan tarikh pengunduran tentera Iraq dari wilayah Iran (Al-Ahsan Abdullah 1989). Pada umumnya, kedua-dua Negara menerima segala cadangan yang dikemukakan dan bersedia untuk berunding bagi mencapai perdamaian bersama.
Walaubagaimanapun, usaha ke arahy rundingan tidak tercapai kerana kedua-dua Negara masih lagi tidak menunjukkan sikap untuk berdamai, malah menimbulkan konflik baru yang boleh membawa kepada persengketaan yang berpanjangan. Konflik berkenaan berlaku apabila Presiden Iraq Saadam Hussein telah berkata bahawa Iran tidak begitu serius menamatkan pergolakan ketika di Persidangan Menteri-Menteri Luar Negara Islam di Baghdad pada jun 1981. Ini menimbulkan kemarahan Iran sehingga Iran memboikot Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan di Taif, Arab Saudi. Usaha kea rah perdamaian yang dianjurkan oleh OIC menemui kegagalan disebabkan sikap kedua-dua Negara yang bermusuhan. Tetapi akhirnya peperangan yang berlaku berkenaan dapat ditamatkan  hasil kerjasama dan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua Negara oleh PBB dan pertubuhan-pertubuhan dunia yang lain. 

Isu Pergolakan di Afghanistan

OIC dengan semangat membantu mana-mana perjuangan umat Islam yang menuntut keselamatan dalam Negara, kemerdekaan dan hak-hak kerakyatan mereka, telah berusaha memainkan peranannya bagi tujuan kemaslahatan seluruh umat Islam. Mesyuarat luar biasa telah diadakan dalam kalangan anggota Pertubuhan Persidangan Islam pada tahun 1980 bertempat di Islamabad, Pakistan, iaitu setahun selepas pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan. Antara hasil daripada mensyuarat itu ialah OIC menyarankan masyarakat Afghanistan khususnya dan masyarakat antarabngsa amnya, supaya memboikot pihak komunis Rusia dengan cara menyekat bantuan luar Afghanistan masuk ke Afghanistan selagi pihak Rusia tidak berundur dari bumi Afghanistan.
Di samping itu juga, OIC telah mengarahkan kepada setiap Negara Islam yang bersempadan dengan Afghanistan supaya membenarkan rakyat Afghanistan mendapatkan pelindungan di Negara terbabitdan melayan mereka dengan baik. Selain itu, OIC turut berkerjasama dengan PBB dalam usaha meleraikan pergolakan yang berlaku di Afghanistan (Al-Ahsan Abdullah 1989: 64). Walaubagaimanapun, segala usaha gigih OIC dalam usaha mengembalikan keamanan di Afghanistan dapat dicapai tetapi tidak secara keseluruhannya. Ini kerana terdapat beberapa siri pengeboman berlaku di Afghanistan akibat rasa tidak puas hati terhadap kehadiran para tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam kalangan masyarakatnya.



Abdullah al-Ahsan. 1998. OIC (an introduction to an Islamic political institution). Herndon: The International Institute of Islamic Thought.

Ahmad Zaki, Abd Nasir & Mohd Yusof. 2006. Pemikiran Islam Semasa. Selangor: Ibook Publication Sdn Bhd.





Mohd Fauzi Mohd Said. 2007. Struktur organisasi dan peranan Pertubuhan Persidangan Islam. Temu bual. 22 Mac.





Semua yg nista
Semua yg dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan 
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati

Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa


Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu 
Hanyalah puraan
Di alam khayalan


Dlm ombak hidup
Kita yg layari
Jgn kau tenggelam

Di arus masa 
Harus kau kemudi



Pulang ke hakiki

Comments

Popular posts from this blog

Lao Tzu - Ahli Falsafah Cina

Yufaqihu Fii Al-Din

Qisas dalam Undang-Undang Jenayah Islam