Lao Tzu - Ahli Falsafah Cina



 Lao Tzu

Lao Tzu yang juga dikenali sebagai Laozi, Lao Tsu, Lao Tze adalah seorang ahli falsafah berfahaman Taoisme. Beliau dikatakan lahir pada abad ke-6 SM dan dikatakan sezaman dengan Conficius, namun beberapa ahli sejarah berpendapat beliau sebenarnnya hidup sebelum Conficius sekitar 570-490 SM (Michael Dillon,1979,112). Lao Tzu secara tradisi dianggap sebagai pengarang Tao Te Ching, walaupun identiti pengarang sering dibahaskan sepanjang sejarah, namun buku ini merupakan karya yang paling agung dalam asal-usul tamadun China. Tao Te Ching seringkali  disebut hanya selepas Lao Tzu menerangkan Tao sebagai sesuatu kewujudan yang ghaib.

Dalam artikel 1910, Ensiklopedia Britannica, Peter Kropotkin juga menyatakan bahawa Laozi adalah antara pemimpin terawal yang memperkenalkan konsep  anarkis iaitu suatu falsafah dan cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang.  Anarko syndicalist memuji gaya kepimpinan Lao Tzu yang berkonsepkan kebijaksanaan dan kelembutan dalam menegur barisan pemimpin dalam isu kuasa politik dan aktiviti budaya rakyat dan masyarakat di dalam buku beliau yang berjudul “Nasionalism and Culture” pada tahun 1937.Livia Kohn didalam kitabnya Lao-Tzu and the Tao-Te-Ching  memberi contoh bagaimana Laozi menggalakkan perubahan dalam pendekatannya ”Teknologi boleh membawa kepada kemajuan yang palsu-Lao Tzu”. Kenyataan Lao Tzu ini, bukannya menolak teknologi sebaliknya memberi kebebasan dalam mencapai keinginan. Laozi menggunakan istilah secara meluas dengan kesederhanaan dan rendah diri sebagai nilai-nilai utama,  berbeza dengan tindakan sesetengah pemimpin yang individualistik. Di peringkat politik, ia berjaya mengelakkan keadaan seperti peperangan, undang-undang yang keras dan cukai yang berat (Sui Peng,2001).

Jika dikaji secara ilmiah, Taoisme menuntut individu untuk terus berada ditakuk yang lama kerana fahaman ini menggunakan alam semulajadi sebagai pegangan mereka seperti yang pernah dikatakan oleh penganutnya “Apabila ilmu dan kepintaran menjelma, muslihat besar bermula”(Yu-Lan,1948) . Berbeza dengan Confucius yang menitikberatkan dunia pemodenan sekaligus menyeru masyarakat dan penganutnya melakukan anjakan paradigma dalam diri dan kehidupan mereka. Namun tidak dapat dinafikan, pemimpin rangking ke-72 paling berpengaruh di dunia ini adalah antara individu terpenting yang menaiktarafkan  status kehidupan rakyat China ke arah yang lebih baik.


Rujukan

Amy Mckenna.2010.The 100 Most Influential World Leaders of All Time.London:Britannica    Educational Publishing.                                                                                                         

Fung Yu-Lan.1948. A Short History of Chinese Philosophy.New York:Simon & Schuster Inc.

J.O. Thorne & T.C. Collocott.1984.Chambers Biographical Dictionary.Ed. ke 9.New York:                        W&R Chambers Ltd.

Kenneth Scott Latourette & D. Willis James.1934.The Chinese:Their History and Culture.Ed. ke-2.United State:United State of America:Macmillan Publishers.

Low Sui Peng.2001.Asian Wisdom For Effective Management From Lao Tzu to  Miyamoto Musashi.Kuala Lumpur:Pelanduk Publications Sdn Bhd.

Laurence Michael Dillon.1979.Dictionary Of Chinese History.England:Frank Cass and Company Limited.


Comments

Popular posts from this blog

Yufaqihu Fii Al-Din

Qisas dalam Undang-Undang Jenayah Islam