Yufaqihu Fii Al-Din

 Maksud Yufaqihu Fii Al-Din

Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a ketika berkhutbah di atas mimbar lalu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, :

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.” [HR.Bukhari (no.71, 3116, 7312) dan Muslim (no. 1038)].
Di antara manusia, ada yang Allah ketahui kebaikan di hatinya maka Allah berikan taufik kepadanya, dan di antara mereka ada yang Allah ketahui keburukan di hatinya maka Allah menghinakan dan merendahkannya.

Orang yang Allah ketahui kebaikan di hatinya bererti Allah menginginkan kebaikan untuknya, dan apabila Allah menghendaki kebaikan baginya, Allah faqihkan dia dalam agama-Nya dan Allah berikan padanya ilmu tentang syariat-Nya yang tidak diberikan kepada seorang pun dari manusia.

Hal ini menunjukkan perlunya manusia itu bersemangat jitu untuk memahami dan mempelajari agama Allah. Ini kerana Allah apabila menghendaki terhadap sesuatu, Allah akan mempersiapkan sebab-sebab untuk mendapatkannya. Dan di antara sebab seorang itu faqih dalam agama adalah dengan mempelajarinya dan bersungguh-sungguh untuk mencapai martabat yang mulia ini.

Kefaqihan dalam agama tidak terbatas hanya kepada pengilmuan saja tetapi pengamalan juga. Oleh itu,  jika seseorang mengetahui sesuatu dari syariat Allah akan tetapi ia tidak mengamalkannya maka dia bukanlah orang yang faqih. Dengan kata lain, seandainya kita menghafal kesemua kitab-kitab fiqh dan memahaminya akan tetapi ia tidak mengamalkannya maka orang seperti ini tidaklah dinamakan faqih namun ia hanya disebut qari (pembaca). 

Dengan demikian orang yang faqih adalah orang yang beramal dengan apa yang diketahuinya. Ia berilmu terlebih dahulu kemudian diikutkannya dengan amalannya. (Syarhu Riyadhish Shalihin, Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, 3/497-498)

Sulaiman bin Khalaf Al-Baji rahimahullah berkata : “Pernyataan fiqh fid din menyatakan bahawa Allah menghendaki kebaikan pada hamba-hamba-Nya sehingga siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya Allah faqihkan dia dalam agamanya. Adapun al-khair (kebaikan) yang disebutkan di dalam hadits (maknanya) adalah masuk al-jannah dan selamat dari api neraka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam al-jannah maka sungguh ia beruntung.” (QS. Ali ‘Imran: 185) (Al-Muntaqa Syarhul Muwaththa Malik, 7/209)

Dengan demikian orang yang tidak tafaqquh fid din yakni tidak mempelajari agama Islam dan cabang-cabang ilmu yang berhubungan dengannya maka sungguh ia terhalang dari kebaikan yang diinginkan. Orang yang tidak mengetahui perkara-perkara agamanya, dia bukanlah seorang yang faqih  dan bukan pula orang yang mencari pemahaman. Maka tepat sekali bila dikatakan kepadanya (bahwa dia adalah) orang yang tidak diinginkan kebaikan baginya (oleh Allah). Demikian pula di sini ada penerangan jelasnya keutamaan ahli ilmu di atas seluruh manusia dan keutamaan tafaqquh fid din di atas seluruh ilmu (Fathul Bari, 1/207). Disebabkan itu, ilmu tersebut akan menuntun seseorang kepada bertakwa kepada Allah” (Syarah Shahih Muslim, 7/128).


Maksud Yufaqihu Dlm Konteks Akidah / Fiqh / Hadis.

Dalam konteks akidah, isu iman dan kufur sering menjadi perbahasan dalam kalangan pemikir Islam. Para Mutakallimin secara umum merumuskan unsur-unsur iman terdiri dari al-tasdiq bi al-qalb; al-iqrar bi al-lisan; dan al-‘amal bi al-jawarih. Ada yang berpendapat unsur ketiga dengan istilah yang lain: al-‘amal bi al-arkan yang membawa maksud melaksanakan rukun-rukun Islam. Perbezaan dan persamaan pendapat para mutakallimin dalam konsep iman nampaknya berkisar di sekitar unsur tersebut. Bagi Khawarij antaranya mengatakan pengertian iman itu ialah, beriktikad dalam hati dan berikrar dengan lidah serta menjauhkan diri dari segala dosa.

Pengertian yang diberikan oleh Khawarij di atas, sama dengan Mu’tazilah pada unsur yang pertama dan yang kedua, tetapi berbeza pada unsur yang ketiga di dalam hal menjauhkan diri dari segala dosa, bagi Khawarij termasuk dosa kecil. Sedangkan bagi Mu’tazilah hanya menjauhkan diri dari dosa besar sahaja.

Bagi Murjiah pula, menurut al-Bazdawi majoriti mereka berpendapat bahawa iman itu hanyalah ma’rifah kepada Allah semata-mata. Sedangkan bagi Asy’ariyyah, iman ialah membenarkan dengan hati, dan itulah iktikad. Di sini terdapat persaman antara konsep Murjiah dan Asy’ariyyah yang menekankan tugas hati bagi iman atas pengakuan. Cuma Murjiah menggunakan perkataan ma’rifah, sementara Asy’ariyyah menggunakan al-tasdiq.

Selanjutnya konsep Maturidiyyah secara umumnya sama dengan konsep Asy’ariyyah dari ahli al-sunnah wa al-jama’ah, cuma sedikit perbezaan, iaitu bagi Maturidiyyah tasdiq dengan hati mesti satu kesatuan beriqrar dengan lidah. Sedangkan bagi Asy’ariyyah hanya memadai dengan pengakuan hati untuk membuktikan keimanan, taqrir dengan lisan tidak diperlukan, kerana taqrir dengan lisan dan mengerjakan rukun-rukun Islam adalah merupakan cabang dari iman.

 Pendapat Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah golongan Asy’ariyyah yang agak lebih lengkap tentang iman seperti yang diberikan oleh al-Baghdadi yang dikutip oleh Harun Nasution, ia menerangkan bahawa ada tiga bahagian.

a. Iman yang membuat orang keluar dari golongan kafir dan tidak kekal dalam neraka, iaitu: Mengakui Tuhan, kitab, para Rasul, qadar baik dan jahat, sifat-sifat Tuhan dan segala keyakinan lain yang diakui dalam syari’at.

b. Iman yang mewajibkan adanya keadilan dan melenyapkan nama fasiq dari seseorang serta yang melepaskan dari neraka, iaitu mengerjakan segala yang wajib dan menjauhi segala dosa besar.

c.  Iman yang menjadikan seseorang itu memperolehi prioriti untuk langsung masuk ke syurga tanpa perhitungan, iaitu mengerjakan segala yang wajib serta yang sunat dan menjauhi segala dosa. Dari huraian di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa konsep iman dari aliran yang lima ini, secara umum dapat dibahagi kepada dua:

Pertama: Konsep yang menerima unsur-unsur iman itu secara mantap ketiga-tiganya, iaitu, al-tasdiq bi al-qalb; al-iqrar bi al-lisan, al-‘amal bi al-jawarih atau al-‘amal bi al-arkan.

Kedua: Konsep yang menekankan kepada unsur pertama sahaja dari ketiga-tiga unsur tersebut. Unsur-unsur kedua dan ketiga bagi golongan ini hanya merupakan cabang-cabang sahaja dari iman. Pendapat yang kedua ini terdapat pada golongan yang berpendapat erti iman sebagai ma’rifah dan tasdiq. Golongan ini termasuk Murjiah, Asy’ariyyah dan Maturidiyyah.

Dalam konteks fiqh pula, kepelbagaian fahaman dalam arena politik membawa kepada variasi mazhab dalam mendalami Islam. secara kasarnya mungkin kita akan merasa bahawa dengan wujudnya berbilang-bilang mazhab menyebabkan masyarakat muslim mudah keliru dari sudut pengamalian kelak. Namun, disisi lain variasi yang terhasil ini membuka ruang lingkup perbincangan dengan lebih luas dan besar dalam pengembangan ilmu pengetahuan.

kita sedia maklum istilah ijtihad berasal daripada “al-jahd” atau “al-juhd” yang bermaksud kesulitan atau kesusahan. Jika didefinisikan secara etimologi pula ia merujuk kepada pengerahan segala kemampuan untuk mengerjakan sesuatu sulit. Manakala pada posisi termonologi adalah penelitian dan pemikiran untuk mendapatkan sesuatu yang terdekat pada syara dan sunnah rasul untuk memperoleh maksud yang jelas (Abd Wafi 2013).

Menyoroti kisah ketika Nabi s.a.w berijtihad dalam isu tawanan perang Badar ini, Baginda tidak tahu perkara yang sebenar di sisi Allah SWT. Justem itu, junjungan mengadakan mesyuarat dengan para sahabat untuk mengambil keputusan yang terbaik. Berhubung dengan mesyuarat tersebut terdapat dua pandangan yang bercanggah.

Pendapat pertama adalah daripada Saiyyidina Abu Bakar yang mencadangkan supaya para tawanan itu dikenakan bayaran tebus diri. Di samping dapat memanfaatkan wang tebusan itu untuk kepentingan Islam serta memberi kesempatan kepada mereka untuk mendengar dakwah Islam, seterusnya mereka akan mendapat hidayah daripada Allah SWT setelah menerima layanan yang baik daripada kaum muslimin. Sementara Saiyyidina 'Umar al-Khatab pula berpendapat sebaliknya. Beliau berpandangan adalah wajar semua tawanan itu dibunuh memandangkan mereka adalah terdiri daripada para pemuka Quraish yang selama ini menjadi perancang usaha khianat terhadap Nabi dan agama Islam.

Oleh kerana Nabi s.a.w belum menerima sebarang arahan daripada Allah SWT menerusi wahyuNya, maka junjungan telah membuat keputusan yang memihak kepada pendapat Saiyyidina Abu Bakar, walaupun orang-orang tawanan itu terdiri daripada musuh-musuhnya yang menyebabkan junjungan sendiri tidak dapat tinggal di bumi Mekah. Namun kerana Baginda adalah seorang yang mempunyai sifat lemah-lembut (rahmah) simpati (ra'fah) maka Rasulullah s.a.w lebih cenderung dengan pandangan Abu Bakar.

Junjungan mengharapkan harta tebusan yang dikenakan terhadap para tawanan itu dapat dimanfaatkan untuk perjuangan Islam yang memerlukannya. Selain itu, hati pihak musuh akan berubah dan memeluk Islam setelah mendapat layanan yang baik dari kaum muslimin.

Ternyata Nabi s.a.w menggunakan daya fikirnya bagi memutuskan bentuk hukuman ke atas tawanan perang yang belum ditentukan oleh alQur'an itu. Allah SWT menetapkan bahawa kegiatan hidup manusia itu, hanya tertakluk kepada lima hukum, iaitu; wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Bagaimanapun masih banyak berlaku di dalam dunia ini pelbagai perkara dan kes yang belum ditetapkan hukumnya oleh wahyu Allah SWT. Justeru Islam membenarkan orangorang yang mempunyai kelayakan dan kemampuan berfikir untuk berijtihad, bagi menetapkan hukum terhadap isu-isu yang dibangkitkan itu (Latifah Majid 2017).

Dalam konteks hadis pula, perkembangan kajian kritik terhadap hadith sebenarnya telah bermula sewaktu zaman rasulullah s.a.w. namun pada waktu itu ia lebih merupakan pertanyaan atau penambahan keterangan dari baginda sendiri kepada para sahabat. pada aman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terlalu sedikit kebarangkalian untuk wujud kesilapan sama ada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith  (Mohd Norzi 2016).

Oleh itu, istilah “yufaqqihu fii din” dalam kandungan ini merujuk kepada memahami, mengurus dan melaksanakan ilmu-ilmu tersebut ke arah kebaikan menerusi ketaatan kepada perkara-perkara suruhan dan menegah daripada melakukan kemungkaran. Kesemuanya ini turut terdapat dalam hadith yang berperanan sebagai sumber kedua setelah al-quran.

Berbicara berkaitan hadith, terdapat beberapa cabang kajian ilmu hadith seperti ilmu takhrij hadith, ilmu asbab wurud hadith, ilmu ilal hadith dan sebagainya. Kesemuanya ini menerusi penekanan kepada kajian yang lebih serius dan mendalam. Sebagai contoh, kaedah takhrij hadith yang melalui beberapa proses antaranya melalui lafaz hadith, susunan huruf hija’iyyah, nama perawi pertama , topik hadith dan ciri-ciri hadith. Setelah melalui proses ini barulah hadith tersebut dapat dikategori mengikut kelas yang sesuai.

B. Kelebihan Memahami Ilmu Agama.

Firman Allah s.w.t iaitu adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui ? Pastinya jawapan tidak. Terdapat beberapa kelebihan yang diberikan kepada individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, individu terbabit menggunakan segala tenaga dan usaha akal fikirannya bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan yang belum terjawab dalam kalangan masyarakat muslim. Selaian mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t. terdapat lagi beberapa kelebihan lain bagi insan yang memahami ilmu agama.  

Meningkatkan tahap pengetahuan (Mohd Norzi 2016). Adat orang menuntut ilmu sekiranya berusaha untuk mencari ilmu pastinya diberi kemudahan bagi memahami sekaligus meningkatkan tahap pengetahuan seseorang. Selain itu, dapat meningkatkan kualiti ibadah (Mohd Norzi 2016). Perkataan ibadah kerap kali disebut dan dikaitkan sebagai suatu aktiviti keagamaan. Ia turut ditafsirkan dengan pelbagai pengertian. Ia turut ditafsirkan dengan pelbagai pengertian. Ibadah dari segi bahasa ialah al-ta‘ah iaitu taat38 dan kerja yang disukai Allah SWT (al-Marbawi 1990) Ia turut diertikan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT (1995). Di samping itu, ibadah juga boleh difahami sebagai suatu perbuatan yang dilakukan sebagai usaha menghubungkan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai tuhan yang disembah.

Kesan Kefahaman Ke Atas Muslim  

Mengubah dan memperkembangkan pemikiran masyarakat seiring dengan peralihan masa (Mohd Norzi 2016). Ilmu pengetahuan secara umum terus mengalami perkembangan dari waktu ke waktu. Perkembangannya semakin cepat seiring dinamika kehidupan yang kian kompleks. Munculnya berbagai fenomena baru secara simultan menjadi tantangan yang harus direspon secara kreatif dan produktif. Kunci utama perkembangan ilmu pengetahuan terletak di tangan ilmuwan. Seorang ilmuwan tidak boleh pasif. Ia harus selalu berpikir, meneliti dan melakukan berbagai upaya untuk pengembangan ilmu pengetahuan yang menjadi bidang spesialisasinya. Melalui cara demikian maka tugasnya sebagai ilmuwan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dapat berjalan secara baik. Proses semacam ini seyogianya tidak hanya berlangsung di kalangan ilmuwan semata, melainkan juga menjadi spirit umum di seluruh lapisan masyarakat. Upaya mewujudkannya sesungguhnya tidak mudah, namun demikian bukan berarti mustahil. Jika dilakukan usaha secara serius, sistematis dan terus-menerus maka sangat mungkin terwujud manusia Indonesia yang ideal.

RUJUKAN

Nadiah Syarif Al-'Umri, Ijtihad Rasulullah s.a.w, Muassasah Al-Risalah, Beirut, 1981, Him. 58.

Latifah Abdul Majid. 2017. Ijtihad Rasulullah S.A.W: Perbahasan Ulama Dan Pengertian Mengenai Kesalahan Dalam Berijtihad Oleh Baginda S.A.W.E Jurnal Um. Kuala Lumpur.

Abd Wafi. 2013.  Ijtihad Sebagai Alat Pemecahan Masalah Umat Islam. Dlm Episteme, Vol 8, No. 1 Jun. Sekolah Tinggi Keislaman Al-Hidayah (Stika) Arjasa

Mohd Norzi Nasir. 2016. Kepentingan Memehami Metode Ilmiah Ulama Dalam Kajian Hadis. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Al Ikhsan Training And Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia

Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2005. Pengantar Ulum Hadis. Pustaka Salam : Kuala Lumpur.  

`Sahih Muslim
Sahih bukhari

al-Marbawi, MuÍammad ‘Abd al-Rauf (1990), Kamus Idris al-Marbawi. c. 1. Kuala Lumpur: DÉr al- Fikr, h. 2.

Jawatankuasa Istilah Fiqh (1995), Glosari Fiqh Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 

Comments

Popular posts from this blog

Lao Tzu - Ahli Falsafah Cina

Qisas dalam Undang-Undang Jenayah Islam